Memaparkan catatan dengan label fotolog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fotolog. Papar semua catatan

botak sinchan atau spiky 'cicak mati'?

masalah besar...gua kusut otak pikir...
se-serious masalah negara gamaknya (at least pada aku)

Haihs

Begini ceritanya....

Pertama kalinya, aku kini berambut panjang dan ini adalah pertama kali rambut aku sepanjang skg ni (walaupun tak mampu lagi disikat coz terlalu pendek)

Rambut aku amat halus, beralun, bersinar, gebu, dan boleh disikat hanya mengunakan jari (seperti dalam iklan t.v...cewah! bodo ko chot!)

Namun begitu, aku mmg bebetul rimas ngan rambut aku ni. Aku rasa seolah cam masuk mata, telinga and most worst is, tiap-tiap pagi aku ambil masa almost half and hour for blow, belai, sikat and gentel-gentel rambut aku bagi nampak elok. tapi mereka diluar berkata....aku amat sesuai berambut.

The other side, since MRSM aku mmg ber-image botak...terasa berangin and terasa cam terbang jek ringan diawangan. The problem started bila aku in torn (cewah!) sama ada mahu simpan rambut or botak.

Botak sinchan? or Spiky 'cicak mati' bila jatuh?

tolong aku wei...besar kan masalah aku ni

keselesaaan vs keterampilan

some pics aku botak n berambut

Botak
(click at the image for large view)
maaf...aku amat kurang bergambar bila botak sinchan.

Berambut
(click at the image for large view)

a story about her...my sister

ko amat kasar

ko mulut longkang
ko kuat kentut
and kentut ko bunyi burung terkukur
ko terrer main poker kat FB
ko kuat majuk
ko kaki party cam aku
ko kuat ngadu kat mama
ko slalu gadoh ngan bf ko aka bestfriend aku
ko jarang mandi pagi
ko kuat shopping
ko kuat boros
ko pandai buat duit
ko slalu bg aku duit
ko kuat nangis
ko rajin kemas rumah
ko rajin masak
ko pandai masak ayam masak merah
ko pandai amik ati mama
ko kuat jalan
ko kuat shopping

and most important is....
ko aku anggap sebagai adik laki aku yang tak pernah aku ada...

sebab tu ko sayang sangat kat aku....and aku sayang kat ko.

miahahhahaha

p/s: aku ter recall to post this entry coz tetiba jek my mac popup ur pic dikala aku homesick nak balik kl....bukan beerti aku rindu ko...tapi aku rindu ayam merah ko..miahahah

ayam masak merah satu ane!

siap!! (sayup-sayup aku dengar suara ko yang bingit tu dari dapur)



banyak-banyak pic hang, pic last ni adalah fav pic aku....miahahahahha

fresh entry tuk ko DORA....


(to idora mufazzal: please click the pic for the better view)
ko selalu cakap yang aku lupa ko

ko selalu cakap yang aku elakkan ako

ko selalu cakap yang aku tak sayang ko

ni bukti yang apa ko cakap kat aku tu sume salah!

aku cam orang gila ber webcam kat office nih semata-mata nk tunjukkan yang aku still take care kat ko.....cam dulu-dulu gak.

tak pernah berubah n love u lotta chocolate :)

nota kaki: fresh snap frm my office desk at Oct 16, 2009. 5.30pm before berambus!




ini pasal aku II

malam tenang, suasana sunyi...hanya bunyi cengkerik membinasakan sunyi. Agak annoying bunyinya, tapi akan janggal tanpanya...itulah cengkerik. berjasa tanpa sedar.

aku nyalakan sebatang rokok dan menikmati indah permandangan KLCC yang jelas bercahaya dari balcony. Indah dan membosankan at the same time. Kemudian, mata aku tertumpu pada dua kelibat dihalaman rumah. Oh, dua adik perempuan aku yang baru sampai petang tadi dari JB sedang berborak. Tanpa niat, aku terdengar mereka mengomel sesama.

"Angah, ko perasan tak last time we came here...I've heard along layan lagu Indo mellow" That the 1st time lah kot dia layan lagu camtu kuat-kuat. Apasal ea? But now, dia dah mereng balik dah...layan lagu bingit tu hari-hari. Trance sangat la tu konon...hahaha" kata uda adik kedua aku yang agak tajam.

"Iks ko ni uda...dia dengar tu, mau dia potong ko punya pocket allowance, padan muka ko..Hehehe. Lah, now dia dengar balik trance tu, it mean dia normal lah tu...if not, ada fungus la kat otak dia tu..hahahaha. balas adik girl aku yang pertama.

Pukiwaklu lah korang....suka suki ni mengutuk aku. Tapi aku relax jek, maintain buat bodoh kat situ n terus masuk dalam bilik. Terus aku terjah katil empuk aku sambil capai remote dvd. Butang play aku tekan dan berkumandang "Eternity by Guru Josh Project".

Ntah la...sejak dari dulu lagi, memang aku dikenali sebagai manusia yang agak pelik dalam keluarga...manusia yang menongkah arus dari kebiasaan yang lain. Kalau budak lingkungan usia 8 or 9 tahun, mesti akan bermain panjat pokok or main lari sana sini...but bunda cakap aku lain, aku lebih suka sendirian mengutip mancis kayu, and buat banggunan menggunakan batang mancis tersebut dalam bilik aku sorang-sorang.

Aku lebih gemar menggodam radio ayah yang elok menjadi mesin masa...lagak seperti Mc Gyver dan di tibai ayah coz radio tu rosak dan dibuang dalam tong sampah. Tu belum lagi aku mencuri kuali bunda di dapur dan jadikan markas mainan askar aku di laman lagi...ah, sungguh indah saat itu.

Pendek kata, till now...aku lebih suka menjadi pelik dari kebiasaan mereka. Termasuk minat aku dalam music ni.

"Along...please la turn down kan volume tu....bising la! ntah lagu hapa ntah dia dengar! Budak ni la....ada kang bunda humban keluar Hifi tu..." antara gertak mak aku masa aku still menumpang rumah dia dulu setiap kali cuti semester.

Bukan aku tak dengar lagu yang ber genre lain, aku dengar dan ada yang aku hafal...cuma yang berirama trance sejiwa dengan aku. Aku dah cuba tuk dengar lambakan track so called normal kat luar tu...but it seem like im trying to be someone else.

Just like hari tu, Shahril tumpang aku balik dari kerja coz his car been stonel lately...dalam perjalanan balik, as usual aku akan play my Ibiza Summer collection sepanjang jalan. Belum suku pon 1st track dimainkan...dia bising suruh tukar lagu lain coz dia pening kepala. Hapa kes bai?! Lu tumpang gua ni...pastu lu plak nk bising-bising pehal?! And top of it, siap assumed aku kaki party and sasau coz layan this kinda of songs! And he admitted yang pada dia, sesiapa dengar lagu ni diluar club, mean that person kinda liar and party type?! Bodoh apa?! Mau jek aku turunkan dia tepi jalan that day and till now gua panas dengan dia!

Wei, memang aku liar, and aku admitted yang aku ni kaki party walau umur aku dah tua! Almost 30! So what?! Seliar-liar and betapa kuatnya aku berparty sana-sini, aku tak pernah pon guna duit org lain and takde pon penah nk nyusahkan org lain la! Memang ko selalu nampak aku banyak missed tongang tebalik atas sejadah buat 5 waktu wajib cam ko, tapi tak bermakna aku takde pegangan agama aku. Aku tau la limit aku, mak pak aku bagi cukup didikan agama or academik tuk aku guna la....it not their fault if aku jadi camni. AKU YANG PILIH JADI AKU SKG NI!

Ko jangan anggap aku lahir kat downtown JB tu, sama cam sesetengah orang yang membesar kat ibukota besar yang lain. Aku tahu mengaji and aku yakin, tajwid and tektik qiraan aku lagi better kot lagi ko...

Even ko punye Al-Fatihah pon aku dengar ko baca banyak time tiba huruf Qalqalah..Qalqalah Sughra wajib dimatikan bacaan wei...bukanya Qalqalah Qubra! Bodoh...tu cakap yang aku ni tak cukup didikan agama?! Bangang punye imam celup! Sapa ntah lantik ko sebagai ustad kat office ni pon...aku musykil! Nilah namanya ustad poser!!! Suka suki cakap perangai aku ni antara ahli neraka coz dengar lagu camni dari nk dengar lagu melayu sendiri.

Aku tau aku banyak buat dosa bai, and aku tak takut nak mengaku...bukan aku bangga, tapi at least aku jujur pada diri aku....tak cam ko yang rasa diri amat bagus dan sempurna. Ko tuhan ke nak tentukan siapa masuk surga or neraka?!

Suka suki ko tuduh orang lain keluar islam coz tak sembahyang...ko tau tak, bila seseorang islam menuduh saudara islamnya yang lain keluar islam tanpa bukti dan 4 mata saksi...keluar islam bagi orang yang menuduh tu! ko pilir, sapa yang keluar islam skg ni? Mmg ko tak cakap direct aku ni keluar islam, tapi ko cakap yang aku ni cam yahudi....so, apa beza dua-dua maksud tu?! Bukan sama kan?!

Bodoh!! Pergi belajar dulu sebelum nak ajar orang. Bila aku tanye mende ni...terdiam plak ko! Pantat lu (maafkan bahasa kasar saya) Memang aku tak pernah missed out every outdoor party event kat malaysia, singapore, thailand and hongkong since tahun 2003 lagi, but at least aku pergi tempat orang tuk tambah pengalaman...ko ada?! malaysia ni pon ko tak abis pusing lagi....banyak bunyi plak. Tak guna satu sen pon duit ko bai! Babi....mmg aku elergic bila orang yang takde pengetahuan agama ni....lagak cam kiai lebai wali! Bangang namanya tu....Bukan nak cakap aku ni pandai...but tak perlu kot kita nk judge orang lain dari apa aspects pon.

Ramai yang menggangap lagu ni hanya boleh dilayan diclub coz of the beat yang fast and electro sound yang over used dalam setiap lagu...but diorg tak tahu, lagu trance ni juga seperti lagu mello indon yang korg dengar...ada yang sedih and some songs ada yang di cipta khas tuk mereka yang patah jiwa...and yang penting, bukan semua peminat dia takde pegangan agama atau sejahat yang korang sangka. ko...dengar lagu kat page aku skg ni...ko bukak kuat-kuat, tutup lampu and hayat betul-betul...boleh nangis woOoOoO...sedey beb!!!

ok...gua nk minum susu n tido.

heeeee n out!

p/s: speedzone anyone on next upcoming satuday?! jom join aku...huhuhu

(pics below ni masa latest speedzone event...happening gila)

ini bukan entri emo...

Pejam mata....

aku tarik nafas dalam-dalam, aku hembus udara dari paru-paru.

buhsan tak gak hilang....log in ke mukabuku...Oh ada 38 notifications baru.

erkkKkK...salah satunya dari si dia,

si anak Champagne!

Aku amat rindu pada dia....

Just for your info babe, aku terlalu rindu saat kita bersama.

Ko kejutkan aku tiap pagi. Ko paksa aku makan makanan 'ujikaji' ko. Dukung ko tiap balik club coz ko dah k.o...teman ko pi shopping sampai 6 hours, but ko hanye beli sepasang kasut nose. Ko basuh semua baju luar dan dalam aku. Ko jeles ngan Nabila si anak rocker malaya tu....

Oh, pendek kata...aku rindu semua saat kita bersama.

Hanya untuk ko tahu.....walau kita sudah tak bersama, ko tetap boleh mengharap aku tuk segalanya, seperti kebiasaan kita yang dulu.

Tak bermaksud berselindung...hanya coretan ini luahan jiwa yang tak terucap, dan aku menghormati penganganmu, gambar kita bersama tidak aku pamirkan.

p/s: pic last tu saje aku postkan...bg membangkitkan nostalgia gaduh kerana nabila. hehehe peace ..V..

aku tetap menjadi sahabatmu tuk selamanya








amat gemar berpoya bagai teruna lesbian

tension....
thursday blues melanda...
jiwa kacau....
nyaris mau bunuh diri...

tiba-tiba

treet...treet...hp aku memekak. called from Fizi

yo wardup?!
dude, vip list for 12 pax...place as usual.
oh...ok (sambil tersenyum)
jgn pakai salah kasut lagi nanti...pastu nyusahkan aku nk balik rumah semula coz semata-mata nk tukar kasut ko....sbb ko takleh shuffle.
hehehe...whatever! sapa fetch sapa ni?
u'll fetch me up, my car tukar kaler tak setel lagi
ok...see u then, pi berambus
welcome, dude

telah tumbuh tanduk comel di kepala aku setelah aku kikir baik punya sepanjang bulan puasa..
dan seakan ekor kontot tersembunyi dalam seluar ini semakin memanjang...

hati bunga-bunga...
dan hidupku kembali ceria :)

oh tidak.


oh...2 last pic tu lari dari tajuk cite nih...saje nk promote diri..bg yang berkenaan...sila email ye for aturan temujanji...heheh

ktip-ktip

The Best Links

si otakkusut

Foto saya
"I’m selfish, impatient, and a little insecure. I make mistakes, I’m out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best..."

penganut otakkusut

otak+mereka

...............................