#230 Tuhan tu baik ke? but asal ada neraka?


SALAM JUMAAT :)

ok...mari kita kongsi cerita ni bersama yang gua dapat dari email gua :)

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati
masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

renung-renungkan dan selamat beramal!

16 otak kusut masai serabai:

shafarshahril berkata...

jgn lupa tutup aurat. sila review update #227 anda. kehkeh

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah. Terima kasih atas entri ni.

Unknown berkata...

TERBAIK ar!! huhu. isnaf aku.. ni memang entry tazkirah terbaik..!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

entry Jumaat abangku kembali~

alhamdulillah, banyak yang dipelajari hari ini~

=)

zety berkata...

oh i jadi org first komen ke?
oh sungguh terharu..mule2 tajuk tu mendatangkan rase tak senang di hati saya tapi bile kite baca n renungkan memang mendalam apa yang nk disampaikan.thnks.

best of luck in your life

Unknown berkata...

ok...saya insaf...
kita belajar dan berusaha setiap hari untuk menjadi baik

Katak Ijau berkata...

insaf aku bace entri ko nih pagi2 jumaat nih chot... :)

::FAIZ:: berkata...

Aku pernah baca bnda ni dan aku sangat suka baca. Boleh mengingatkan aku... Dunia hanya Sementara....

apan lee berkata...

owhhh..
aku pun nak bertudung jugak ah pasni. ;P

Fauzzan Helmy Anuar berkata...

Thanx coz share this story with us... =)

Naozu berkata...

alhamdullillah... bangun2 je trus dapat baca mukadimah jumaat.. hehehe.. tQ

hans berkata...

aku pernah baca benda nih

yoe berkata...

cool la chotz!!! ini yg buat aku nak buat enrty baik2 gak ni...at least sekali seminggu!!!

~~ huhuhu.... ini hari jumaat rupenye!!! solat jumaat jommmm!!!!

lumut berkata...

thanx chotz berkongsi..=)

Seroja Jingga berkata...

great entry chotz..sangat bagus

AkU berkata...

opsss...lol..

aku nak pakai tudung la..tutup aurat..but nak pakai short gak...
hahaha..

ktip-ktip

The Best Links

si otakkusut

Foto saya
"I’m selfish, impatient, and a little insecure. I make mistakes, I’m out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best..."

penganut otakkusut

otak+mereka

...............................