#108 re-entry Sahabat v2.0, khas untukmu...


di saat aku tersungkur jatuh dari tempat berpijak, baru aku tersadar yang aku hanya bersendirian lagi. seperti sebelumnya dikala aku sedang merangkak bangit dari jatuh yang lalu...

tiada tangan yang menghulur pautan, tiada bahu yang membantu bebanan..dan aku tidak pernah meminta untuk itu!

hanya yang aku harapkan, ada seorang insan yang boleh aku luah rasa perih emosi diri.. yang bisa menjadi telinga dikala mulut bicara lara jiwa... bukan niat meminta simpati, atau ingin kau menjadi seperti fadilah kamsah di tv, hanya sekadar cukup untuk aku bernafas lega dalam plot melancholy ini.

ini untukmu dan juga aku tuk kita saling mengingati...manusa bersifat alpa.

Dalam dunia perantauan ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri...
Tetapi...Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana?
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

KIta cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya??!!
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa!
tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan padanya.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga...
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah??

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita

Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatannya, jadilah kita sahabatnya itu...
sebagaimana dia menjalankan tanggungjawabnya kepada kita
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu?

p/s: andai kita tidak mampu menjadi kekasih,
cukup lah hanya sekadar sahabat.
jika tidak mampu menjadi sahabat, cukup sekadar teman.
andai teman membebankan, cukup sebagai kawan.
andai kawan menyusahkan, cukup sekadar kenalan,
dan bukan lawan

15 otak kusut masai serabai:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

dan aku sumpah tidak memerlukan lawan.

hati aku takut untuk dibajai dendam~

Razman berkata...

kalau nak lawan jugak?

lumut berkata...

thanx chotz bile kau sudi kongsikan kisah hidup kau dgn aku..paling tdk aku dpt rasa yang bukan aku sorang je yg rase pedih dlm dunia ni....

kau kuat kan?
aku selalu doakan kau sentiasa dipelihara Allah chotz.dekat mane pon kau berada..jaga diri kau..langkah kau.take care bro.

senandung semalam berkata...

i love ur p/s... very meaningful

senandung semalam berkata...

i love ur p/s... very meaningful

shahirahkhairudin berkata...

bebi...
giler touching dow N3 nih..
well..kalau kita menghargai persahabatan, org lain pun akan menghargai kita sebagaimana kita meletakkan penghargaan pada orang lain..

aku suke entri ni sampai aku rasa macam nak paste kat belog aku..kene bayor royalti tak? miahahahaha..

Hans berkata...

emo ke ni .. haha ..

Adam Arjuna berkata...

aku sgt suka entry ko yg ni chot..

and tak salah aku, aku po pernah wat gak posting ni kat blog aku..

gud job bro..

hope ko dah ada sahabat yg ko cari.. aku..?? still searching... huhu...

by the way, aku suka quote ko kat nota kaki tuh kali ni...

Tanpa Nama berkata...

smart gila pic tu la...serius

AkU berkata...

Bro..from my personal point of view kan..kekadang tuh..orang yg paling kta xleh percaya adalah orang yg kita 'ingat' sangat boleh d percayai..hmm..dan dang orang yg paling kita boleh percaya adalah orang yg kita 'ingat' xleh percaya langsung...~~

Unknown berkata...

chotz aku sedey arr baca entry neh...
sedey sgt2...

chotz berkata...

zara:
yeah...you are right bebeh...

razman:
nak lawan gak? masuk wresling...pakai sua dalam ketat n pakai mask...and pasti aku jd penyokong kuat hang

shahira:
yeke? kadang2 diorg ni amik kesempatan pd keikhlasan kita...erm, camne tu?

chotz berkata...

han:
emo?! oh tidak...salah tafsiran tu.

aku:
yeah,...anda begitu tepat sekali...sokong 1254634% pd pendapat hang tu

ruf:
sedey?! asal plak??

chotz berkata...

lumut:
hehehe...thanks to you too babe! aku cinta padamu...eh, tersilap plak...hehehe

shahirahkhairudin berkata...

persetankan org yg amik kesempatan tu..yg pnting, keikhlasan kita akan menarik keihlasan org lain utk dtg pd kita. mcm magnet. dan lagi satu, tgn yg memberi lebih baik dr tgn yg menerima kan..

hah dn yg pertama, used ur instinc..menerusi naluri kita, kita leh agak, org tu kite leh buat kwan ke tak..mcm mase aku mula berjinak-jinak dengan hang..instinc aku kata, hang ni leh ar wat kawan..wat anak ikan pun no hal..miahahahaha..

wei panjang lak karangan..

ktip-ktip

The Best Links

si otakkusut

Foto saya
"I’m selfish, impatient, and a little insecure. I make mistakes, I’m out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best..."

penganut otakkusut

otak+mereka

...............................