entri dedikasi khas - CRONOLOGY 5577studio.com


Anyway, as tittle above...entry ni dedikasi khas buat dua sahabat aku yang juga blogger just like me, Mrs Farah Alida and her hubby Khairul Ridzuan.

Sepuntung rokok berjenama dunhill aku nyalakan tuk sekalian kalinya. Kumpulan asap likat aku hirup bagai air bandung kenduri kawin dari puntungnya, yang berwarna kuning bersadur gelung emas kecil dipangkal. Narkotin berpadu dengan tar padat memenuhi paru-paru aku. Ini mencernakan sistem aku aku tuk menyusun kata bagi pembuka bicara.

Erm...

Dengan tercanangnya entry yang bersifat sayembara yang diilhamkan oleh Farah melalui blognya 5577studio.com, aku yakin pasti ramai yang turut serta bagi menambat hati empunya diri pencipta. Dan aku yakin yang pasti akan bercerita dan lagak egois bagus bagai kipas susah mati, memuja muji diari maya beliau yang aku konsiderkan sebagai "ALL IN ONE STOP CENTRE" seperti Central Market atau lebih canggih dan moden, KL Sentral lagaknya.

Namun disini, oligasi aku mahu menongkah arus dari kebiasaan mereka. Aku mahu menceritakan cronologi disebalik kewujudan 5577studio tersebut. Ini bukan kerana utk meraih hadiah yang di pajakkan....tapi ianya ikhlas dari hati luhur seorang sahabat utk seorang sahabatnya yang lain. Hanya sayembara ni permula ilham entri hina ini.

Nyalaan api padu membakar hujung teman sejati bernama dunhill buat kali berikutnya. Kepulan awan artifical berkepuk memenuhi ruang bilik aku...siri kedua mencari idea...Tegukkan 100plus di pangkal halkum mencernakan sedikit minda tuk meneruskan taipan jari kasar aku.

Chronology 5577 - Pertemuan Dua Dunia

Chapter 1 - Titik Kenal Penyatuan Rasa Itu - Mss55.


Pagi itu amat indah bagi aku dan sebilangan mereka. Permulaan perubahan titik hidup selepas zaman persekolahan, sebagai remaja IPT di dunia berbeza.

Dunia baru bagi kami. Amat baru!

Ada sekelumit rasa gah dan rasa "sudah cukup besar" pada setiap diri kami. Ditinggal taulan rapat tuk berjuang di dunia sendiri. Tahun 2000...disinilah, bermulanya epilog sukaria, tangis hiba, senyum dan usik manja bagi warga NCT.

Begitu juga si manis Miss 55 (Farah Alida), hadirnya menarik fokus mata setiap pelajar batch pertama ketika itu. Bukan kerana rupawannya, ikhlas kata hati...tapi kerana dia antara sekelumit kecil bilangan pelajar perempuan yang tak bertudung. Yelah, dunia terpelusuk taiping, jika ada kelainan, pasti menjadi subjek utama sembang poyo yang bergelar so called "Senior"...walau hanya bersifat sementara.

Seorang yang agak pendiam awalanya, bersifat pemerhati dan menganalisa keadaan sekeliling, sebelum bersatu dengan persekitarannya. Ikhlas aku katakan, aku amat menyangungi cara pemikirannya dan pengetahuannya dalam banyak hal. Ini mungkin kerna mentality aku dipengaruhi oleh fakta mengenainya, iaitu dia dilahirkan di UK (if im not mistaken) and her english...so damn superb gila!!! (pada aku la...and my persepsi ini still the same tau Ms 55). Dia juga tidak malu tuk menjadi dirinya dan paling utama...dia jarang menunjukkan kelemahannya di hadapan kawan (at least pada aku la...) walau aku tahu dia mempunyai masalah. So, Faezah la yang menceritakan hal itu dan ini.


Jati diri asalnya yang lembut dan begitu bersahaja membuatkan aku tuk mendekatinya. Ramah mesra antara kami, menyatukan kami dalam pelbagai cerita lama, mahupon berkongsi idea dan pendapat antara kami bertiga, bersama si Faezah, gadis manis berbulu mata lentik, yang aku menaruh cinta sehingga kini (walau dia kini bergelar isteri orang) dan dia dan suaminya tahu hal ini.

Yeah, cinta tak seharusnya bersatu :) Kami tetap kekal sebagai sahabat sejati. (enuff said about pejah :P)

Kemana kami pergi, pasti akan bertiga (sebelum rapat with idora & and the geng)...team "chotte kedonde", ke kelas, ke kuliah, bergossip, melepak bawah pokok hantu, kutuk Din Misai dan kuncu, ke pekan, membuat onar, pendek kata...seperti Three Little Stooges layak gayanya (cuma kami antara student famous dan antara Dean List la kalu nk bandingkan dengan Three Little Stooges) huhu...

Oh, terlalu banyak memori yang mahu aku canangkan...tapi takut nanti jadi the most longest entry plak...huhuhu (so, farah, ko mesti ingat kan segala hal sepanjang persahabatan kita dan tak perlulah aku tulis semuakan) hehehe

Oh, aku amat merindui zaman itu dan andai dapat aku terbalikkan masa...sanggup aku korbankan segalanya tuk menikmati saat itu kembali.

Telah aku anggap kau sebagai adik aku sejak selian lama :)

Chapter 2 - Hadirnya tembok pemisah antara kami - Mr77

Masa berlalu dan hari berganti. Pertambahan student baru ke NCT mmg tak dapat kami sangkalkan. Namun, atas desakan family, aku terpaksa akur tuk berhenti dari NCT dan meneruskan pengajian aku ke Maktrikulasi Kulim Kedah, dalam Jurusan Sains Hayat aka Medic. Kata mereka, ini lebih menjamin masa hadapan aku.

Berat hati tuk meninggalkan taulan, namum aku akur. Aku mendaftar diri ke IPT tersebut. Jiwa tetap meronta akan dunia indah NCT bersama teman. Tapi, aku hanya mampu bertahan selama sebulan di sana. Aku kembali ke NCT dengan hati bunga-bunga. keluarga turuti kehendak hati muda ini.

Thanks mum for being so understanding :)

Sekembalinya aku di NCT, suasana seakan sedikit berubah...Faezah adalah orang pertama yang membicarakan tentang perihal wujudnya scandal antara Miss 55 dan Mr 77. Faezah dan Ina Si Mulut Busuk risau jika Mr 77 hanya mempermaikan perasaan dan hati Ms 55. Mereka menghasut aku tuk bersemuka dengan empunya diri Mr 77.

Oh, biar aku ceritakan bagaimana aku bertemu dengan si Mr 77 (Khairul Ridzuan).

Dia adalah junior aku yang berasal dari Ipoh, Awalannya, kami di beritahu yang ada seorang junior ni buat pailaq masa 1day daftar di asrama. Kononya dia ni kerek, cam bagus dan mmg mau kena ragging. (biasalah, senior lah katakan...huhuhu) Dan dalangnya adalah kawan rapat aku bernama Kluang and the konco2. Tapi, selepas berjumpa...rupanya dia ni adalah kawan kepada kawan si Kluang...so, start frm there... kami menjadi click la and Mr 77 dapat immuniti semasa minggu orentasi. Hehehe


Berbalik kepada cerita tadi...oleh coz of hasutan dari dari Faezah dan Ina Si Mulut Busuk, aku aturkan penemuan natara kami buat sekiannya...Tempat di Kedai makan hadapan Telefon Public depan NCT. Si Ms 55 duduk berhadapanku dan Mr 77, disebelah kananku. Hanya minuman yang aku pesan. Aku mula bicara memperkatakan tentang hal mereka. Ms 55 tersenyum tanda mengiakan dan Mr 77 berbicara tuk mengukuhkan.

Ingat lagi aku time tu, aku lagak seperti abang yang tak bertauliah bersuara.."Aku bukan pe Wan, aku dah anggap si Farah ni cam adik aku sendiri. Aku xmolah ko saje nak main-main kan dia" aku menyusun ayat walau agak kekok bagi aku..Mr 77 gelak, sambil berkata "Mana ada nak main-main...mmg betul la aku suka dia" balas Mr 77. Mungkin hati Mr 77 mengutuk gila aku time tu, "poyo gile mamat ni...aku siku sekali, xbangun dah kang!" yelah...lagak aku seperti gangster kot. Hahahah.

Bukan apa Ms 55, just nak kau tahu...kami tak mahu kat terluka dan pada masa yang sama, kami terima segala keputusan hang...coz kami mmg sayang kamu :)

Dari situ...terjalin lah dua hubungan...Pertamanya, yang nyata antara Ms 55 dan Mr 77, dan keduanya, antara aku dan Mr 77. Cuma, ada terasa antara aku dan faezah, kami sudah jarang bersama. Hang tinggal aku dan Faezah. Faezah pernah menangis bercerita tentang hal ini dibawah pokok hantu..Tapi, kelamaan ia menjadi kebiasaan pada kami setelah melihat betapa seriousnya mereka dan Mr 77 rapat dengan kami.

Chapter 2 - Mereka Menyempurnakan Antara Sesama - 5577



Cerita cinta mereka menjadi idola bagi kelompok kecil yang terpencil warga NCT. Mereka seperti belangkas bersama. Memang janggal tuk melihat Ms. 55 tanpa Mr. 77 disisi dan sebaliknya. Dari terbit fajar, hingga tibanya perintah perkurung tepat jam 12malam. Sessi berlanjutan melalui kiriman SMS (017-adam) coz msg is free...ada saja cerita mereka bualkan. Kadang kala aku dan faezah terpikir, apa yang mereka bualkan sehingga ada saja topik yang dibahaskan.

Namun, jelas mereka saling menyempurnakan kekurangan antara mereka.

Chapter 3 - 5577 : Matched From Heaven

Berakhir sudah dunia remaja si NCT, kami mengorak langkah ke dunia realiti. Melanjutkan pelajaran ke next level, bekerja atau mengganggur antara tala huju NCTrian. Namun, kisah fantasi cinta mereka tak berakhir disitu. Mr 77 pernah menjadi housemate aku. Chapter kehidupan sebagai pasangan bercinta masih tetap diwarisi hinggalah mereka ke jinjang pelamin.

Aku masih ingat lagi, si Ms. 55 menghadiahkan sebuah scrapbook yang mengandungi segala perbualan mereka di YM sepanjang berkenalan sebagai hadiah anniversary mereka. Oh, sungguh special bukan?! Itu belum lagi dengan segala hadiah lainnya...

ArghHhHh...enuff said :) Memang kisah mereka seperti cerita dongeng di komik romantis yang penuh fantasi...tapi itulah kenyataannya.

The matched from heaven. Tarikh keramat Mei 21, 2006, menyatukan dua jiwa. Bukti akan kedewasaan dan kematangan perhubungan mereka. Hijau dan putih, menjadi warna simbolik cinta 5577. Aku dan rakan lainya, menjadi saksi akan jalinan cinta ini.

Hasil dari ikatan ini, lahirnya dua puteri sebagai penyeri hidup perkahwinan 5577. Aku mendokan yang terbaik tuk kalian dan mengharapkan kalian akan kekal begini, sehingga nyawa melepaskan jasad tuk kembali kepada Pencipta. Amin

Walau masa merenggangkan kita, walau jarak memisahkan kita dan walau usia menyukarkan kita, ketahuilah oleh kalian Ms. 55 dan Mr. 77, aku akan tetap ada tuk kalian andai ada badai yang yang melanda. Bukan maksudku tuk mendabik dada atau aku mempunyai kuasa Super power, cuma sekadar menjalani tanggungjawab aku sebagai sahabat yang seadanya.

Biarpon hanya blog 5577studio.com dan otakkusut ini menjadi medium kita bicara...ketahuilah oleh kalian, memori bersama antara kita dan lainnya tetap ada di tempat yang tiada gantiannya. Harap perasaan ini akan kekal tuk selamanya, sahabat :)

Dari kisah ini, lahirlah 5577studio.com yang ada pada hari ini. Tanpanya, tidak mungkin 5577studio akan wujud buat tika dan masa ini :)

Hamik ko Farah...tak tido aku coz nak ingat sume kisah kita dlu...hahaha.

(NCTrian masa our gath di teratak usang aku..huhuhu)

Ikhlas dari kawanmu,
Sang Chotz Yang Poyo Gila.

13 otak kusut masai serabai:

a.t.O.k. berkata...

gosh.tertachink untuk seketika.

chokio_nia berkata...

gle ah..tabek sme kwn ko yg da kawen tu..huhu
kat ko gak..sbb brani jumpe mamat tu demi kwn yg ko syg..huhu

chotz berkata...

jantan keparat:
hahaha....
yolah encik :)

chokio nia:
tulah pasal...rasa diri cam bagus, jadik camtu lah...gangster la katakan..
hehe

Tanpa Nama berkata...

surprisingly ko leh ingat suma memori.....tp agak touching laa cerita 'match made friom heaven'ko ni...huhuhu

AiYa berkata...

ko ni penat la nk baca. bejutaan jelaan,. ahahha. klu gini gaya gua kalah dh first round

orked berkata...

ala..so sweet ko chot

Unknown berkata...

huhu
tersentuh nie...

Seroja Jingga berkata...

still ingat sume ni?? respek respek

Farah . 5577 berkata...

tula psl.. dia bleh ingat semua ni.. aku pun dh lupe kot..
tabik chot, pjg betul.. aku rs mcm aku buat
pertandingan essay lak..pdhal lucky draw, confuse jap, kalau betul essay com taktau la pjg mana laks.. hikhik..

anyways, thanks chot! tak sangka ko still ingat detail2 seterperinci tu.. tak sangka gaks korang syg aku sebyk tu,betulkah? aku cume ingat time tu yg korang(xsemua la) boikot aku jer,(couple pun kena boikot, confuse den, org lain xde pun kena camni..apa la salahku) n penangan mulut si ina perli2 aku tiap minit mmg aku taktahan, tu yg buat aku sakit telinga n berkepit ngan wan jer senang, takyah laa diorg tgk muka aku yg menyakitkan ati diorg, apa aku buat semua salah je.. letih~ tp bile aku dh pindah dorm 70, sibok plak panggil2 aku sbb time tu katil aku kat pintu(yg berkunci) & boleh dgr dorm sebelah.. mesti sbb aku best kan?? haha.. lawak tul ingat blk..

english aku superb? u must be kidding.. takde maknanye.. jgn percaya ye rakan2.. chot exxagerate..

thanks again for the long, appreative, so-called-sweet note from you.. sampai tak tdo katanye..

hugs..

Farah . 5577 berkata...

nik: ni contest lucky draw la yg.. content entry tak di ambik kira.. nak kutuk farah pun bley.. xde je disqualified.. ;)

chotz berkata...

ye pn farah...saya tau mende tu lucky draw...but dah alang2 menaip pasai hang...apa lagi, pulun habis la...hahaha

Farah . 5577 berkata...

thanks for pulun'ing chot.. :)
bc blk td, mmg shweet n touching.. mlm td dh letih, tak menghayati sgt..

thanks for remembering every single detail..
am lucky to have a fren like u too, walaupun mereng + suke wat cite dongeng..hukhuk..

thanks for the lovely comments!
i appreciate it a lot!
miss those good ol' days too.. :D
oh, i so miss taiping.. byk memori indah..

cheers,
farah

ps: sorry sgt kalau korang terasa, takde niat pun nak meninggalkan sesiapa, cume keadaan ms tu bukan sesimple yg ko cite.. pejah pun byk dgr hasutan org.. apa pun yg penting kite masih baik sampai skrg kan?

ayien.. berkata...

panjang dan amat detail!!!
mesti kalah ayien...
chotz tak bagi chance la....

sobs sobs
:(

p/s
dah g makan pon chiken pie kat secret recipe..
takut kempunan ...
hihihi

ktip-ktip

The Best Links

si otakkusut

Foto saya
"I’m selfish, impatient, and a little insecure. I make mistakes, I’m out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best..."

penganut otakkusut

otak+mereka

...............................