aku EMO..meleleh hingus dan air mata aku tuk dia

Hari ni as usual, aku jalankan tugas aku senormal mungkin di office. Agak busy dengan my new project (web portal) and sometimes, aku rilex melayan chat di YM. Di mata boss aku, aku umpama pekerjanya yang amat berdidikasi, tanpa dia tahu...aku and Geng Gagak Itam ada cuba tuk menggulingkan dia n merampas tahta boss aku. ~~Hurm, I wish!!! ~~ huhuhu


Anyway, half day masa berlalu...Lunch time as usual, kami Geng Gagak Itam akan lunch together sambil merancang plan tuk menggulingkan boss kami...ErkKkK, boss berguling??!! Pelik pulak bunyi dia. Anyway, bla bla bla...as usual also. Tiba-tiba, aku ternampak seorang baby cute gila kat mata aku...tapi jelas kelihatan baby tu sumbing bibirnya. All the sudden, aku teringatkan akan seorang sahabat lama aku yang baru melahirkan baby and mengalami masalah yang sama.

~~Flash Back Last Weekend~~

Phone called antara aku and Seorang Sahabat Lama (SSL)

Chotz: Salam, hang camne ok? sihat tak?
SSL: Salam. Aku ok jek...baru kua ward nih...sume alhamdulillah
Chotz: Anak laki ke girl? kalu girl, aku cop dulu ea? hehehe
SSL: Girl lagi lah, hehehe...ko ni xberubah la chot. sihat?
Chotz: Aku sihat jek...ok la, just meroyan nk kawin skg ni...hehehehe
SSL: Oklah tu, jgn lupa jemput aku tau...hehehe
Chotz: Erm....

~~ silent ~~

SSL: kenapa nih chot? Hang ok ka? Hang ada problems ke? Mai cite kat aku
Chotz: Fiena, betoi ka aku dengaq pasal baby hang tu?

~~Silent~~ (Tiba-tiba terdengar suara seakan tahan sebak tuk menangis)

SSL: Hang tau dari mana ni? Sapa habaq kat hang? Sume tau ka? Aku segan chot kalu sume tau
Chotz: Iks, jangan hang nangis...kalu hang nangis, aku pon nangis gak. Muka nagis aku cam kambing cirit...Hang pon tau kan...hehehe (cuba buat lawak bangang)
SSL: Hehehe...A'ah, muka hang nangis mmg buruk...ingat lagi aku, hang putus cinta, hahaha...buruk bebenor la.hahaha (jelas terbayang wajah redup fiena tergelak manis)
Chotz: Hehehehe....Tau pon. Hehehe
SSL: Erm, camna hang tau ni? Lisa ka bgtau?
Chotz: A'ah, dia n jaja bgtau aku about ur baby. Baby kat ward lagi ka? Dia camne skg ni?
SSL: Dia baru jek kua ward semalam after almost 2weeks dalam ICU. Aku sedeh la chot, dia baby lagi, kecik sangat nak rasa derita ni...Aku xsampai ati chot, tengok dia.

~~suara teresak jelas membayangkan sayu hati seorang ibu melihat derita anak yang berumur 12hari~~

Chotz: Fiena, dengaq ni...aku kenai hang lama dah. Hang tak camni, hang bukan jenis lemah. Hang jenis 'happy soul'. Hang antara kawan aku yang paling kuat semangat.

~~ Kedengaran esakkkan tangisan ~~

SSL: Aku sedeh sangat chot tengok baby aku. Dia lahir takde lelangit. Bahaya chot, tersilap cara bg susu, susu boleh terus masuk otak or paru-paru. Kalau dia termuntah, if aku tak sedaq, mende tu boleh terjadi chot. Even kahak or air liur dia boleh masuk otak coz takde gap antara mulut and head area...(tangisan jelas kedengaran) Aku terseksa sangat tiap kali tengok dia nangis. Aku sanggup tanggung sume sakit yang dia rasa asalkan dia sihat, chot. (getaran suara tangis yang sitahan, utk berkata-kata jelas kedengaran)

~~long silent, aku menahan air mata tuk mengalir ~~

SSL: Sebak aku tengok dia chot. Doc pon baru detect yang dia ada paru-paru berlubang. Kena buat operations. Because of that defect, dia asik kena demam kuning. Boleh maut or cacat chot if tak jaga betoi. Aku sedeh sangat. And Docs tak leh buat apa-apa operations coz dia kecik sangat. Dia kena buat operation paru-paru and operation plastic surgery for her lelangit.
Chotz: Fiena, aku.......

~~aku mati kata dengan dugaan yang diterima oleh dia~~

Chotz: Aku tak tau nak cakap apa....just aku boleh cakap, be strong k. Ini dugaan Allah kat kita, bukan kat hang jek...kat kita sume yang kenai hang. Kuatkan semangat, ingat...kalu hang lemah, baby tu dapat rasa kelemahan hang...dia perlukan hang tuk bertahan. Banyakkan doa ok. Ingat...walau jauh mana pon jarak kita terpisah, walau lama mana pon waktu kita tak berjumpa..Kami tetap ada dibelakang hang! and aku orang yang pertama ada tuk hang. Hang tau kan tu?
SSL: Aku tau chot...Thanks for being a really nice friend. Aku appreciated sangat-sangat. Kat korang sume

~~tangisannya kembali reda...hanya esakan kecil saja kadang-kadang mengalun suaranya~~

Chotz: Aku buat ni bukan coz of sebab lain fiena, kita dah cam adik beradik. Susah senang sama-sama...Dari 1st time kita nk bertapak kat KL ni, umah kita sebelah block je...sampai skg ni. Aku tetap ada tuk hang bila-bila hang perlukan aku. Harini hari hang, ntah sok lusa giliran aku plak. Sume org sayang ko, ada tuk ko. Kuat ok?! lagipon hang penah kalahkan aku hand wresling pon before this...hang mmg kuat apa? heheheh
SSL: Hheheh...bengong hang ni, ingat lagi ea mende tu...Erm, yelah, dulu kita macam-macam kan sesama. dengan kluang, dmart, apai, jaja, lisa...heheheh...kelakar.
Chotz: Ha, fiena nilah yang aku kenai...heheheh

Perbualan ni berpanjangan hampir half an hour berlalu. Erm, itulah Fiena. Antara sahabat yang tak ada gantinya. Dalam keadaannya yang camtu, dia still bertanyakan, aidai aku yang mempunyai masalah tuk dikongsi cerita. All X-NCTrian....thanks for all your supported to her.

To Lady Ath and Idora....thanks so much for all ur initiatives. Hanya Allah dapat membalas jasa baik kamu.



14 otak kusut masai serabai:

airil berkata...

aduh, tabah tuk dia sekeluarga ok..cekalkan semangat n banyakkan tawakal.

Natassia ND berkata...

I almost cried reading this. Bless Fiena and her baby girl. Very nice background song, just perfect for someone who has lost love.. a sad day, ending with someone else's pain.. hope tomorrow is a better day for all of us..

Tanpa Nama berkata...

besh dpt kawan cam encik.chot, heheh
just pray 4 her and her baby kay... sedih juga membacenyer..insyaAllah semuanya akan ok :)

idora berkata...

Love, i got d chance to talk to fina. She's taking her baby later for another check up. Hopefully everything will be okay n d baby dun have to b admitted again. She was just discharged last 3 days. Fina is doin okay. Yes she's strong. Lets just pray that everything will turn out fine.

chotz berkata...

Natasha ND: yeah...amin for that.

chotz berkata...

idora: yeah...if ada time, kita pi jengok dia kat kedah jom :) love u too :P

Tanpa Nama berkata...

im shed my tears....hope her baby will recover soon. it so emotional. I wish that i can help her

.::fatma::. berkata...

sedih nye cite nih...abistu, xkan xbuat operations kot baby tu?

Tanpa Nama berkata...

sebak bila baca..xble bayang muka k.fiena bila nangis..selalu tengok muka dia hepi je

fahruzzaman.Ismail berkata...

sampaikan sabar aku pd ssl tu....ada hikmah disebalik kjdian tuhan atas muka bumi ni....kita mahkluknya kena sentiasa berdoa.hmmmm

simpati...

Tanpa Nama berkata...

serius aku mengalir air mata jantang pas baca entry ni...
hope sama2lah kita doakan kesehatan baby tu...serius kesian

Lady.ATH.3 [ LebelleBijou ] berkata...

aku sampai harini x boleh nak call dia... :((( nak teruskan type kat sini pun aku dah x tahan :(((

m r z ' 7 7 berkata...

eh.. aku je taktau..
kenapa ngan anak fiena chot?
dia tak sihat ke?
sedey nye!!
anak aku kena jaundice hr tu pun aku nangis satu mlm sampailaa doktor kata dh turun br lega..
ni plak mcm ni..
ya Allah..

beautyfull^disaster berkata...

i almost cried read ur story blog...
terhingat kat my housemate nyer adek..
she gt the same prob...
takde lelangit..
MASYAALLAH..i cant imagine how it was...
kuasa ALLAH...
takde sapa dapat menandingi....
SUBHANALLAH...

adeq doakan baby kak fina selamat pas oprate...
to kak fina,be strong...
tho tak kenal pn,bt from the story that abang chot cerita,adeq dapat rasekan that kak fina is a strong mother....be yang tabah ya kak...tu suma dugaan n cabaran yang ALLAH bagi...akak jangan putus asa keyh...banyakkan berDOA n mintak pertunjuk pd ALLAH....
INSYALLAH.....

ktip-ktip

The Best Links

si otakkusut

Foto saya
"I’m selfish, impatient, and a little insecure. I make mistakes, I’m out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best..."

penganut otakkusut

otak+mereka

...............................