020207-280809 chronology (Spongebob-TeddyBear)

020207
Tarikh yang amat teristimewa bagi aku. Tarikh yang menemukan aku dengan si dia. Kecomelan dia membuatkan aku berani tuk bersapa dan meminta no tel. Agak kelakar bila diingatkan kembali. Our 1st date ialah dekat sebuah banggunan di sebelah 7-e jln sultan ismail (xtau nama banggunan tu) pada pukul 2.30pagi selepas kejadian 'saya nak kamu...saya nak kamu" :)

Aku pasti tersenyum setiap kali teringat kisah ni. Si dia (TeddyBear Comey) menangis pagi tu. Cute sangat.

2nd Date continued...
Di kedai makan tepi jalan area rumah dia. Aku tak dapat balik rumah time tu coz of smthing. SO, dia teman aku di kedai makan tu sampai pukul 6pagi.

Aku bahagia gila. Kami borak macam-macam.

TeddyBear suka minum milo ais.
TeddyBear org perak.
TeddyBear suka ayam masak kicap.
TeddyBear suka makan sardin.
TeddyBear itu, TeddyBear ini.
TeddyBear banyak cakap.

Semua tentang dia, aku tanya. Dah kita minat, mestilah kita nak tau semuakan.

3rd Date and so on...
Afterward dating kami, aku naik scooter aku pi tempat keje dia. Selalunya pas kerja jek, terus aku pergi tempat dia.

Oh, syoknye dunia aku time tu.

Aku ada hadiahkan sebijik teddy bear kecik nama Comot brand tommy hilfiger. Tapi Comot hilang. Aku sedih gak bila dengar Comot hilang coz aku hampir gila tuk dapatkan teddy bear brand tommy nih. Serius susah sangat. Tapi Comot bau wangi sangat.

140207
Hari yang amat memberi erti bagi aku. Termaktup yang dia milik aku. Kami celebrate dirumah aku bersama kawan-kawan. Aku hadiahkan dia lagi sebijik lagi teddy bear, yang ini agak besar. Teddy bear ni mmg comel. Kaki dia buat aku tuk membelinya. Naama dia E-Cheng.

Aku bagi pada TeddyBear aku. Dan aku kata pada dia, Aku akan beli teddy bear lagi besar lepas ni, semakin besar teddy bear...beerti semakin besar sayang aku pada dia.

Tapi dia cakap yang E-Cheng aku ni tak comel, takde reben cam teddy bear lama dia yang diberikan Ex dia. Aku dengar aku diam jek tanpa beri komen apa-apa. Agak tersentap jugak coz aku pinjam orang duit time tu tuk belikan teddy bear baru ni. Yelah, aku tak established lagi time tu. Pokai skit. Tengah bulan lagi pon. Cuma, terasa lah bila org seakan tak suka dengan pemberian kita. Bandingkan teddy bear kita dengan teddy bear Ex dia. Bukan sekali di bandingkan, tapi banyak kali.

Tapi aku pendam jek. Tak kisah, TeddyBear aku punye.

Hati bunga-bunga hanya tuhan saje yang tahu.

Oh ya, aku ada bagi juga sebentuk cincin. Erm, cincin ni sebagai tanda sayang aku pada dia. Aku pergi tukar cincin ni lebih dari 3 kali coz takut tersalah size and takut dia tak boleh pakai.
Bayangkan, aku berulang-alik dari rumah ke kedai pada hari yang sama coz tersalah beli size. Lastly, aku puas hati coz dia terima dan muat-muat pada jari manis dia. aku tersenyum.

Tapi cincin yang amat bermakna ni pon hilang. Aku sedih gila bila mendengar. Bukan sebab ralat coz harga cincin tu, tapi sebab makna sayang aku yang aku letakkan pada cincin tu. Tapi, aku biarkan coz itu bukan salah dia.

Erm...

Afterward 140207...
Kami menjalani kehidupan sebagai pasangan bercinta. Ingat lagi our 1st fight, pada malam diclare kami. Erm, TeddyBear amat suka bercakap, and yes...pasti ada perselisihan paham dalam proses pengenalan. Tapi semua tu aku laluinya sebagai pengalaman dalam perhubungan.

Bergaduh mulut. Bertumbuk. Maki-hamun. Pisau. Tukul besi. Bakar barang.
Agak dasyat kan kami bergaduh.

Tapi ada jugak saat bahagia kami.
Korek hidung n tahi hidung besar. Berlapar bersama. Dating naik scooter. Makan ais-cream. Kiss pipi. Kiss mata. Kiss dahi. Kiss dagu. Peluk aku dari belakang. Masak sardin. Curi pokok bunga. Karaoke sama-sama. dan, aku tak kan pernah lupa utk pujuk dan cium mata dia setiap kali kami bergaduh. Kek birthday aku (Aku seakan nak nangis time celebrate tu, tapi maintain cool jek muka)

Terlalu banyak kisah indah yang tak dapat aku ceritakan. Terlalu banyak dan kisah manis ini lebih dan boleh mengaburi kisah pahit antara kami.

TeddyBear tetap aku sayang walau apa pon yang terjadi antara aku dan dia.

Memang mulut aku longkang bila marah, mengungkit dan mencaci. Tapi semua tu hanya untuk menyakitkan hati dia. Bukan lahir dari hati, tapi dari nafsu amarah. Pastinya selepas gaduh, aku lah antara manusa yang paling menyesal di dunia coz mulut longkang aku. Kerana aku terlalu dan teramat sayang dia. Tersangat-sangat sayang!.

Aku sanggup berbuat apa sahaja tuk dia. Dan aku amat yakin yang dia tahu hal ini.

Hanya Allah sahaja tahu betapa banyak sakitnya pada bila aku tahu tentang dia and Ex Sabah dia. Tapi aku masih mampu bersabar. Aku tak berbunyi walau satu suara pon. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah lagi mencari lain sepanjang aku bersama dia. TIDAK PERNAH SEKALI.

Perpindahan aku ke family banyak mengajar aku tentang kesabaran. Banyak pergaduhan kami dapat aku elakkan. Aku beransur berubah menjadi lebih berdiam diri dari melenting. Aku menjadi lebih kepada mendengar dari membalas kata. Dan TeddyBear pasti bercerita tentang semua perkara yang menarik padanya, kepada aku. Setia aku mendengar.

Tapi aku selalu risau pasal dia tinggal berseorangan. Selalu ingin menemani. Tapi aku umpama tak dihargai bila mana aku sampai kerumahnya. Pasti ada hal yang ingin nak digaduhkan.

So, aku ambil jalan tuk diam or tidur.
Lebih baik dari gaduh pada aku

Apa pon, aku hanya mengingati kenangan manis kami bersama. Peristiwa istimewa kami bersama. Sebab aku teramat sayang TeddyBear aku! Terlalu!

280809
Jam pukul 9.05pagi, aku lewat pergi kerja. Bulan puasa aku sepatutnya masuk kerja pukul 8.30pagi dari kebiasaannya pukul 9.00pagi.

Aku bersiap dan aku hidupkan enjin kereta. Minyak kereta di takat E. Aku naik semula ke rumah dan kejutkan TeddyBear tuk pinjam rm10 coz pastinya tak sempat kalau aku mahu ke bank dahulu dan baru isi minyak.

Dia cakap "A'ah" dan terus membetulkan selimutnya. Aku ambil wallet dan keluarkan rm10. Aku terus pergi kerja.

While stuck in the heavy jam at jalan cheras, my boss called and marah-marah because lewat.
And afterward, aku baca message dia. TeddyBear marah-marah aku ambil rm10 dia.

What the hell?! Aku amat tidak layak tuk menerima semua makian dan cacian dia semata-mata aku pjm rm10 yang aku mintak izin dulu!

Aku sampai office dan tetiba boss melihat yang aku sakit mata. Takut berjangkit, dia suruh aku balik rumah semula. It a really fucked up day!!

Aku terus ke rumah TeddyBear dari office. Bermula episode pertelingkahan dan perpisahan. Polis juga terlibat. Dan aku bawa ibunda aku coz this thing membabitkan polis, so ibunda boleh backup if anything happen to me.Tapi, aku dimalukan depan ibunda aku. Hal menjadi besar dan tak perlu lah aku bercerita kesan dimalukan ni di pihak aku. Biarlah aku seorang je yang tahu.
Yang pasti, mati lebih baik dari begini. Itulah kesannya.

Aku ada niat tuk membalas, ingin terus menuju ke perak. Dalam perjalanan, sebab sayang aku mendalam pada dia..aku hanya mampu sampai ke Ipoh dan patah balik ke KL.
Aku bukan sejahat itu tuk membuka pekung orang pada family mereka. Tak sekejam itu walau no tel ibu dia, ada aku simpan.

Sepanjang pergaduhan, aku hanya berbunyi "Sebab rm10....ko menghina gila kat aku kan?" dan ibunda aku pon tak aku ceritakan hal sebenar sehingga TeddyBear aku menghina aku depan ibunda aku. Yang dia tahu, aku ajak pergi rumah TeddyBear coz aku bergaduh. Itu sahaja. Tapi dia tahu lebih dari yang sepatutnya.

Terlerai sebuah ikatan yang selama ini banyak aku berkorban. Bergolok gadai. Yang banyak aku pertahankan tuk jadikan hubungan ni jadi kenyataan.


Impian aku tuk bagi dia teddy bear yang lagi besar tuk hadiah birthday dia, tak tercapai.
Duit sudah mula aku kumpul dari awal, hanya lagi sedikt saja lagi cukup tuk aku beli. Agak mahal harga, but berbaloi tuk aku buktikan yang sayang aku semakin besar padanya. Genap pada birthday dia, duit yang aku kumpul cukup tuk beli teddy tu.
Teddy bear yang dah lama dia mintak, teddy bear sebesar dia dan comey seperti dia :'(

Selepas hal ni, aku amat berharap yang semua ini tak terjadi.
Selalu berharap yang ini hanya mimpi.
Selalu berharap utk dia menelefon dan memujuk aku.
Aku sedia utk memaafkan dia, sebab sayang aku padanya...
Sebab aku belum bersedia tuk kehilangan dia.

tapi aku tahu mungkin ini kehendak dia. Kemahuan dia. Aku ni hanya sekadar tempat sementara tuk dia menumpang bahagia. Dan mungkin dia tak akan datang memujuk aku.

"Dia sudah berkerjaya, dia sudah boleh berdiri sendirinya. Ko hanya seorang manusia yang akan menyusahkan dan memalukan dia coz dia muda dan berupa. Ko ada apa chotz? Ko dah takde apa chotz. Andai dia betul sayang ko as ko sayang dia, mesti dia akan call ko. It a 2 way communications. It not just and only you to make it work out, babe..Doakan je la kebahagiaan dia walau sakit tuk ko telan dan tak mungkin tuk ko sembuh dari dia". Aku memujuk diri sendiri.

Hanya kerana rm10, hubungan aku dan dia sudah tiada. Begitu rendahnya nilai cinta aku padanya :'( Hanya berharga rm10.

Aku hanya ingin dia tau, besarnya cinta aku, tingginya khayal ku bersama TeddyBear aku.
.
Thanks sayang, thanks for everything.
"Spongebob sangat sayang pada awak, TeddyBear".

(sambil peluk teddy bear superman dia) :'(

ini je kenangan yang aku simpan bersamanya.
Aku amat merindui dia. Teramat!

18 otak kusut masai serabai:

faezah_erina berkata...

dude...putus cinta k coz rm10? u bg your teddybear account no u tu, i transfer kan seratus tuk dia.

Apalah...dari apa yang i baca ni, macam banyak je yang u tak cerita ni...i can feel the mysterious behind it. tak best la cam ni. blog la with full love story ni..best la baca.

anyway, be strong k, i'll pray all kindness and good thing for you. hope she will call u back.
Susah mahu cari orang yang betul2 sayangkan kita seadanya kita. She will make a really bad mistake if she letting you go. Indeed!

ayien.. berkata...

oh my God..
it was so sad...
rm10 hengget je???
meh sini aku bg dia seratus..
apa punya teddybear la die tu...
anyway bro, u deserved a better person.. yg sayang u dan care about u...
hidup perlu diteruskan!!!!

i doakan u dapat si barbie yg sayang u n setia pd u..
amin!!

Ieeko. berkata...

OMG, only because of RM10?
Okay, tekejut gila kot ada gak orang macam tu.
Sorry to say, but ehm you deserve better.
I know bila orang da sayang, memang tak boleh nak buat ape². I know, cause I experienced the same thing with my ex. Susah nak lupa dia. Takpelah, time will heal the pain.



:)

renjizakura berkata...

touching.
cite ni dh bleh wat drama dah nie.

chotz berkata...

huhu....
yeah, that is the fact. rm10.
hina kan aku?!
erm.

Tanpa Nama berkata...

ko still nak kat dia ke bro??
kalau aku, pi mati lah dengan dia tu.
No turning back!

chotz berkata...

Erm...
xtau lah nak cakap anonymous.

Aku terlalu sayang dia, if betul kami dah xada apa-apa, aku prefer yang kami jadi best friend. Bukan bergaduh camni.

aRe_La berkata...

cian ko..:
be patient k..namo wat kije2 budus.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)."

chotz berkata...

thanks maisara.

that was really like my wake up call

zikri alias berkata...

huhuhu...syahdunye bro....pe2 pun bunga bukan sekuntum...tapi ko memang setia la bro...rugi la awek ko...kalo die terbace crita ni...hai...xtau la pe akan jadik kn??

azli berkata...

Salam dari kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
bro otak kusut..mungkin mmg bukan jodoh yang serasi..aku paling tak suka kalau pompuan yg tidak menghargai pemberian org.. terus terang Aku paling tak suka pompuan yang macam teddybear.. bagi ku dia selama ini sudah hampir dengan sifat kepura-puraan..

"Ade empat perkara sesiapa melakukannya,bererti dia munafik iaitu ketika berkata dia berbohong, ketika berjanji dia mengingkari, ketika dia dipercayai dia kianat dan ketika bertengkar dia lancang"

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
zayer berkata...

buleh buat novel citer ke filem pun okie gak

meleleh aku membacanye,aku ekceli ta suke bce entri yg pnjg2 sgt tp citer ko beshh..huhu..mesti dpt A1 subjek bm an??

kalau aku yg dapat tedi bear tuh kan bagus..aku kumpul je,haha..kalau lahh

yg die tuh tak reti2 nak hargai pmberian org nape?tade sifat peghargaan langsung ar!

hurmm..soli,terikut emosi lak,huhu ^^

btw,gudlak in lyf!

chotz berkata...

dia bukan tak menghargai...
cuma mungkin aku yang terlalu mendesak kot...
erm...
yang pasti, aku perlukan dia.

Lady.ATH.3 berkata...

aku bole gi sana cilikan dia, tp aku dpt rasa ko sgt syg dia...

babe, date yg last tu 2009 ke 2007? typo kot

hud hud berkata...

ok this is more sad than mine.and i tot mine was yg paling sedih abad ini lah but this is moreeeee saddd.i know it's hard doe.everyone suruh kita chill2 en,forget abt those things,tp kita yang rasa org tataw kot.haishh.

cintaleaixora berkata...

sedih bace cite kamu.... hope kamu tabah...

Hanz berkata...

2 lah dunia cinta..ade manis,pahit,masam,masin,payau,n mcm2 lg..cinta dia pade ex dia still kuat sebagaimana cinta ko pade dia..bg lah ruang n mase pade diri masing2..dia still muda..fikiran die pown mgkn lum mature sepenuhnye..so x heran r lau sal rm10 pown bleh jd kes besar..ko kene usaha lg tok fhm hati n kemahuan dia len kali..hati pmpuan nie dalam dasarnye..kalo betul ko still sygkan dia..never give up..bg peluang pade diri ko n dia tok cube lagi..x rugi ape2 pown..

ktip-ktip

The Best Links

si otakkusut

Foto saya
"I’m selfish, impatient, and a little insecure. I make mistakes, I’m out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best..."

penganut otakkusut

otak+mereka

...............................