jiwa kacau VS cinta XNCT = aku sayang kamu


erRKKkk...agak lama aku menyepi tanpa menkejangkan jari jemari aku tuk menaip tentang isi hati aku. Bukan sengaja atau lupa, tapi masa yang memboikot aku utk cerita nista aku pada kalian yang membaca. Otak kusut aku banyak agenda yang nak dikongsi, tapi tak tau dari mana pangkal mana yang patut jadi pembuka cerita. agak gampangkan? Ya, gampang telah menjadi middle name aku sejak akhir-akhir ni. En. Chotz Gampang Bangkai a/l Malaun Harun JIngga. Cis bedebah la. Tapi agak hebat dan ganas gak ye nama tu.

Anyway, last saturday merupakan hari paling bahagia bg aku. Ya, amat bahagia. Agak lama aku tak merasa nikmatnya kesedapan bahagia. Lebih sedap dari climax tiga kali berturut-turut. Amat sedap :) Reunion yang pertama kalinya diadakan oleh sang ketua pengawas (LADY ATH) amat berjaya menyatukan kami si x-nctrian. Amat berjaya. Dari pertemuan indah ni, aku dapat melihat perubahan yang amat drastik sahabat-sahabat aku.

YE, MEREKA AKU PANGGIL SAHABAT AKU! sahabat yang bukan utk waktu sengeh bagai kera cacat...tapi juga dikala airmata dan hingus meleleh arus. Suka duka bersama dan tetap ada dikala aku memerlukan.

Dari mata zahir manusia yang so called normal, pasti menggangap kami ni poyo cam haram bangkai gajah. Bukan kerna cemburu akan keakrapan kami, tapi pasti tak percaya bagaimana akrabnya pertalian sahabat kami. Betapa kuatnya semagat cinta kami yang terjalin sejak tahun 2000. Kenangan yang tak akan aku lupa dan xpernah tuk cuba melupakan.

Oh lord, you are damn hot n gorgeous. Wah, dah membiak ea korang. Berjaya sial aku tengok ko skg ni. Gila lah, manisnya anak ko. Antara pujian yang aku lontarkan ikhlas tuk mereka. Bukan sekadar tuk sedapkan atau ambil hati, tapi telus dari hati aku yang mungkin dah karat dek asap dunhill dan gak beberapa anasir yang boleh menjahanamkan kesihatan aku.

Aku amat berterima kasih pada kalian dan aku harapkan PERSAHABATAN ni, terus dikekalkan sehingga akhir nyawa semua.

Aku tinggalkan korg ngan secebis karya yang aku meraban, ikhlas dari hempedu jantung aku:


Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

Get this widget at roytanck.com


SAHABAT
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri?.
Tetapi...Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana?
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?.?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa?.tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah??

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita?.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat

Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat?.

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu?
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan?.
Kita tidak tahu?
Tetapi?jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu?.

RENUNGILAH...HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

2 otak kusut masai serabai:

Tanpa Nama berkata...

wow, mendalamnye makna sahabat tu

faezah_erina berkata...

awwww...you are so talented lah tulis sajak....wanna read more :)

ktip-ktip

The Best Links

si otakkusut

Foto saya
"I’m selfish, impatient, and a little insecure. I make mistakes, I’m out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best..."

penganut otakkusut

otak+mereka

...............................