aku sudah hilang KEJANTANAN aku...


Haihs...

Selepas puas aku menjadi cengeng dan meranapkan ego lelaki aku melalui linangan air mata, and 2nd tod....i think it that better for me memuntahkan segala yang ada dalam hati hitam aku ni di medium otakkusut.

So, abaikan the previous entry.

Daun tembakau digulungkan bersama marijuana dinyalakan. Perlahan sistem badan aku menganalisa unsur luar yang masuk kedalam paru-paru. Dan tindak balas segera berlaku pada tahap normal diri.

Aku lebih tenang dari tadi. Lebih tabah...mungkin! (atleast bg aku)

Maaf bg mereka yang tersinggung, ini adalah aku...perlu mencari medium lain bg melupakan seketika perihal diri yang berceramuk dan konflik dalaman jiwa.

Terasa tenang seketika dan saraf fikiran aku memproses kata, bg pembuka halwa cerita.

Hrmm...

Pernah tak korg terpikir and bertanyakan pada diri sendiri soalan nih. "Siapa best friend korg yang korang boleh bercerita segala perihal pada dia?" Tak kisah la cerita jahil nista or sebaliknya.

Korang ada jawapan?

Bagi aku, aku takde langsung jawapan tuk soalan tu. Ye, aku ramai kenalan, kawan, so called best friend and sahabat. But takde seorang pon diantara diorg yang boleh aku ceritakan segala perkara. Yang A, cerita begini harus di selindung, yang B cerita sebegitu jangan dihebah. Yang C pula, semua boleh terima...tapi ada tetapinya. Tetap juga bukan di dalam lingkungan yang dicari.

Tujuan aku bertanya ni, bukan apa...Aku ambil contoh cam arini lah. Apa yang terjadi kat aku. Sebagai lelaki, sepatutnya dan kelaziman bg golongan kami, perkongsian cerita mengenai hati dan perasaan amat jarang sangat di acapkan. Persepsi kuno menuduh kami hilang macho atau mat bunga, jika hal ni dikongsikan.

Pelik bukan?! but itulah senario sebenar dan hanya sekelumit lelaki sahaja yang bercerita tentangnya. Itupon penuh dengan dolak dalih dan selindung kata. Aku tergolong dalam kelompok kolot ni. Sebagai alternatif lain bg aku, medium terlarang menjadi "best friend" di kala begini.

Haish

Aku tak sekuat luaran yang disangka. Pandangan membutakan realiti perilaku seseorang.

Itu aku.

Hari ni menjadi sejarah dalam hidup aku menangis di depan ratusan manusia di Bukit Bintang td. And top of it, during time orang nak berbuka puasa.

YES, it sound so drama queen kan?! But believe me, it not my intension to get those sportlights.

But, itulah yang terjadi dan berpasang mata menjadi saksi akan luluhnya ego seorang lelaki kepada sesuatu berkait hati, bernama cinta. Adam pun boleh termakan pujukan hawa tuk makan buah halkum, kerana ingin tunjukkan rasa cintanya, ni kan pulak aku. Kuasa cinta yang mampu memusnahkan kehidupan seseorang.

Lewat petang td, aku terima SMS dari TeddyBear bertanyakan beberapa hal..Tiada dendam bg pihak aku, aku membalas seperti selalunya...ketepikan sakit dan amarah hati. Membuktikan perasaan sayang tu masih ada pada TeddyBear aku.

Seperti dijanjikan, aku pergi ketempat kerja dia. Dalam perjalanan yang gampang sesak and almost reach to her place, aku terima SMS darinya lagi. " Awk, xjadilah kita buka sama2...i have to finish up my works. Boss angin lah. Sorry k. 2morow maybe?"

Aku diam sejenak dan reply "OK, takecare" padanya. Oleh sebab aku dah betul-betul depan BB Plaza, aku terus plan berbuka di area Bkt Bintang. "Kalau balik nih, mmg buka korek idung je la nanti dalam kete"...kata hati aku. So, aku parking kereta kat dalam Sg. Wang and terus keluar ke Bazar Ramadhan di belakang HSBC Bank.

Sedang aku nak memilih juadah berbuka, mata aku terlirik pada kelibat seseorang yang betul-betul aku kenal. Si TeddyBear aku. Dia bersama seorang lelaki lain sedang berpimpin tangan.

Ya, Allah...sumpah atas namamu tak aku sedar, air mata aku tiba-tiba penuhi setiap ruang mata. tak payah berkedip, ianya jatuh sendirinya ke pipi aku. Tanpa dapat aku kawal. Serius buat pertama kalinya aku betul-betul tak mampu kawal emosi aku time tu. Aku terus pergi ke arah mereka dan sentap tangan TeddyBear dari tangan mamat tu.

Mamat tu agak tercengang and TeddyBear terkejut melihat aku. Bg mengelakkan bergaduh, dia terus tarik aku keseberang jalan, bertentangan dengan officenya. TeddyBear beri isyarat pergi pada mamat tu dan dia terus blah. Mungkin mamat tu kenal siapa aku and tau perihal kami.

Ntah apa yang merasuk aku, aku terus merayu bagai nak gila kat TeddyBear tuk kembali cam dulu. Buat pertama kalinya gak, aku hampir melutut pada seseorang tuk sesuatu. Aku betul-betul letakkan ego lelaki aku, dibawah tapak kaki aku sendiri. Aku tak kira itu semua, janji TeddyBear kembali jadi milik aku. Aku sanggup maafkan semua silapnya, dan mulakan hidup baru bersama dia. Aku tak sanggup tengok dia bersama lelaki lain. Terlalu awal bg umur perpisahan kami. Amat terlalu awal.

Tapi, TeddyBear sikit pon tak tunjuk rasa simpatinya pada aku. Langsung tidak setitik pun air mata keluar utk aku. Malah dia suruh aku balik dan dia terus naik ke office dia. Aku SMS dia bgtahu yang aku akan tunggu dia sampai dia keluar office.

Percaya atau tak...aku tunggu dia keluar office sampai pukul 10.30malam td dari pukul 6.30 petang td. Dengan berbuka hanya rokok dan sebotol air mineral. Aku hampir tertidur di bim konkrit tepi office dia. Betapa besarnya ego TeddyBear daripada aku yang seorang lelaki ni. Langsung takde ikhsan pada aku walau sebesar zarah.

Bodoh kan aku...orang dah buat aku camni pon still terhegeh-hegeh menagih simpati. Atau aku yang tak paham yang orang dah tak sudi?

Aku mmg akui yang aku lemah tentang hal ni, dan mmg tak akan menceritakan kelemahan ni pada teman lain. Hilang macho, kena letak ego tinggi sebagai lelaki....itu kata mereka. Tapi aku sanggup pijak macho dan ego aku sendiri kerana TeddyBear aku.

Camne tuh?! Adakah aku kurang macho atau hilang kejantanan?!

Haihs...

29 otak kusut masai serabai:

hud hud berkata...

u tk pernah hilang kejantanan la dude if buat cmtu. yeah org maybe kutuk or hina u pasal u sanggup bwt apa saja or u jd bodoh utk tunggu dia. tapi satu benda je org tak taw, cinta tu adlh perasaan tak kisah org tu dah lukakan hati kita byk mana pun, kita still cintakan dia.but one thing chotz,cinta tu tk semestinya memiliki.i biar lelaki tu pergi sbb dia nk ex dia balik,asal dia happy i happy.but it doesnt mean i xlove him. same goes as u.maybe semua org ckp benda tu bodoh tp hati kita org tataw.u syg dia kn?mst u nk dia happy rite?so do the best thing for her,make a right decision.takpe la kalau kita luka kan hati kita demi org yg kita syg. sbb i yakin one day Tuhan akn bg jgk kebahagiaan utk kita. semoga u jumpa kebahagiaan u ok :)

nizam baharin berkata...

itu la namanya cinta chotz. aku penah alami apa yang kau alami doe. sabar je la k :)

chotz berkata...

hudhud: yeah, u r right...it just matter susah gila nak let her go.

nizam baharin: yeke hang penah buat gak camni? boleh join club lah...aku ni lagi sikkkkiiiitt jek lagi nak jadik gay coz TeddyBear nih...huhu

Seroja Jingga berkata...

hey chotz..
akak again..

sound so sad yeah..i can understand
wen we love some1,kekadang we dun care!
tepuk dada,tanye hati
terus terang lepas baca entry ni
akak jadi geram wit ur teddy bare!
i mean..come on!..ive gone thru
many shits before..so i know how hurt u r
satu je akak nak cakap
i dun knw about u chotz but to me..

"GUYS LOVE TO HIDE THIGS..AND WOMEN LOVETO LIE""

Always ingat ni ye!.

be stong chotz..u still a man altho
u melutut kat dia pon.

chotz berkata...

kak seroja:
GOSH....for today, i've heard same quote twice. Sekali frm my childhood friend n now from akak.

mmg it will stuck kat palaotak ni lah.

thanks kak :)

xXrucciXx berkata...

just be urself..
buat ape yg u rase betul..
kalau org nak kate u lelaki bodoh sbb buat camtu biarlah...die tak pernah rase ape yg u rase..
sumtimes bile kite stress mmg kite akan buat ape saje yg terlintas kt fikiran...
we're humans...kite bkn sempurna..

sYukCurz berkata...

lelaki juga manusia yang punyai perasaan punyai air mata untuk dititiskan disaat-saat hati terus disakiti dan disakiti..

Danny_walker berkata...

pergi mampos

chokio_nia berkata...

err...pompan tu tade prasaan ke??hurmmm..mebi die da ilang rase..after u pegi dr die..wah2..bermadah plak..huhu

ajid berkata...

shoot!u must havin a hard time rite now, just be patience chotz.

btw,it not a sin kot kalau laki nangis ke ape ke, for me itu jujur terhadap diri sendiri en. x sorok-sorok.

sabar je la ;D

aRe_La berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ayien.. berkata...

sabar je la :D
tunggukan bulan jatuh ke riba
tapi teddy bear bukan bulan
mungkin dia jatuh nanti ~

aRe_La berkata...

Biar kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi.
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraaan mewarnai.
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat.
Biar penderitaan itu menyapa,agar kekuatan kita jana semula.
Biarkan diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini.,
agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah saw.

chotz berkata...

yeah...

im cool

H_i berkata...

omG..so drama....and its real...u know what, im impress with what you've done to teddy bear, but think again is it worth to do that 2 someone like her...move on with life , and im sure you will find a much more better 'teddy bear'...ok..cool man...

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang,tak semua yang kita pinta akan dipenuhi dan tak setiap yang kita terima itu sempurna.langit tak selalu cerah kan?

saya pernah melalui pelbagai rintangan bersama F malah saya mengandungkan anak kami selama 9 bulan 10 hari,akan tetapi segala yang saya korbankan hanya untuk bersamanya tidak dihargai.Dia hilang dengan sekelip mata dan saya hilang arah.entah kemana harus dituju?saya ditinggalkan dikala saya sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak kami.Percayalah,saat tika itu,terdetik di hati untuk berdoa agar saya dan anak kami diambil Illahi.Namun,saya tersedar yang anak ini adalah kekuatan untuk saya bangun kembali dan alhamdulillah,5 tahun berlalu dan saya masih disini meneruskan hidup bersama anak kami.

Memang susah untuk kita melupakan apa yang terjadi tapi percayalah pada hikmah yang dijanjikan olehNya setelah kita berjaya mengharungi segala dugaan.Ogos 2008,saya telahpun diijabkabulkan dengan seorang lelaki Y yang saya tidak sekelumit pun adanya rasa cinta kepadanya.Namun,segalanya adalah ketentuanNya dan sebagai seorang isteri,hanya Y yang berhak menerima cinta saya.Cinta saya terhadap Y bertambah setiap hari dengan sendirinya melalui keikhlasan yang Y berikan kepada saya.Ya,saya terlalu menyayangi F dan amat terluka dengan segala yang telah di lakukan oleh F namun saya berterima kasih kerana atas segala yang berlaku itulah membuatkan saya menyedari bahawa masih ada ruang untuk saya disayangi dan menyayangi.

Saya mengalami saat yang lebih sukar dari kamu mungkin,anak kami tidak mengenali siapa bapanya,seluruh keluarga F tidak mengakui yang anak saya adalah darah daging mereka.Saya dikeji,dihina dan dicaci oleh seluruh keluarga F dan yang mengejutkan,entah dari mana datangnya kekuatan saya untuk meneruskan hidup ini.

Apa yang cuba saya katakan disini melalui pengalaman saya,Chot pun akan berjaya melaluinya namun masa yang akan menentukan.Saya doakan agarkan Chot dapat melalui dengan tenang dan meneruskan hidup.

P/S:dekatkan diri dgn Allah,insyallah..kerna hanya Dia yang dapat membantu dikala kita kesusahan

avegalion berkata...

chotz...

Allah ada sebut dalam Al Quran yang lebih kurang bermaksud "Ada perkara yang kamu suka tetapi sebenarnya ia adalah keburukan buat kamu. Ada perkara yang kamu benci tetapi sebenarnya ia adalah kebaikan buat kamu"

farish izaryl @izreez berkata...

cinta yug indah..

dOuble[A] berkata...

woo..chotz..mmg x dinafikn r agak drama post ko kali ni.tp aq phm situasi ko..dasyat gler r dat girl.ati kering tahap ape r tuh..haishh~
xpe2,ko jgn pikir this thing byk kali sgt.
jgn kusut kn lg otak ko.nk raye dah ni.juz relax2 kn otak n dri..huhuu ;)

iyllienaz berkata...

tabah la k..ade hikmah disebalik semua dugaan ni..Tuhan akan beri someone yg lagi better than her..=)

RAWNA berkata...

be strong bro. do whatever u think is best for you. mintak petunjuk DIA. :)

M.O.S.A berkata...

well, tht girl jst had a big lost.. chill man! *cheering 4 u

fatin arina berkata...

nampaknya awk bnar2 ikhlas ngan dia
sya x sangka plak
ada gak gurl yg kejam camtu
slame ni igt boy je ego
u have xhange my mind about boyz
sabar ajelah ya
one day u will find somebody better than her
how stupid her for leave you..

kuman. berkata...

oh..
:(



buta nya manusia itu.



benci.

Mrs Nurul berkata...

solat istikarah ok chots.Allah akan bantu ko.

anyway, tindak tanduk ko tu...lainkali buat sesuatu jgn ikut hati, pakai otak k...nasib ko tak buat bende2 bodoh..

simpati pada ko, but fikir, ramai lagi yang putus cinta / patah hati dgn gaya yang lebih dasyat.

teddybear ko tu dah tipu ko...=(

Tanpa Nama berkata...

sad love story.
apa pun, bro bersabar la banyak2x.
hidup kita mesti ada masa jatuh dan bangun, so kenalah sentiasa kuat dan tabah. setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. mungkin ada yang lebih baik untuk anda pada masa akan datang. sakit kehilangan cinta n kekasih tidaklah seteruk kehilangan ahli keluarga tercinta. waktu tu, kalau kita ada berbilion2x harta pun, xmampu nak tukarkan dengan kehilangan mereka. so, usah dikenang perkara yang lalu. life goes on ok. wish u luck.

-aresa dsX-

Tanpa Nama berkata...

sad love story.
apa pun, bro bersabar la banyak2x.
hidup kita mesti ada masa jatuh dan bangun, so kenalah sentiasa kuat dan tabah. setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. mungkin ada yang lebih baik untuk anda pada masa akan datang. sakit kehilangan cinta n kekasih tidaklah seteruk kehilangan ahli keluarga tercinta. waktu tu, kalau kita ada berbilion2x harta pun, xmampu nak tukarkan dengan kehilangan mereka. so, usah dikenang perkara yang lalu. life goes on ok. wish u luck.

-aresa dsX-

Tanpa Nama berkata...

sad love story.
apa pun, bro bersabar la banyak2x.
hidup kita mesti ada masa jatuh dan bangun, so kenalah sentiasa kuat dan tabah. setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. mungkin ada yang lebih baik untuk anda pada masa akan datang. sakit kehilangan cinta n kekasih tidaklah seteruk kehilangan ahli keluarga tercinta. waktu tu, kalau kita ada berbilion2x harta pun, xmampu nak tukarkan dengan kehilangan mereka. so, usah dikenang perkara yang lalu. life goes on ok. wish u luck.

-aresa dsX-

Tanpa Nama berkata...

ooo..dah sethn ponnn...kan chotz

me,
noname

ktip-ktip

The Best Links

si otakkusut

Foto saya
"I’m selfish, impatient, and a little insecure. I make mistakes, I’m out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best..."

penganut otakkusut

otak+mereka

...............................